Tuesday, September 05, 2006

Kuda Kepang Mabuk- Mistik dan Delusi?

Mistik dan Delusi Kuda Kepang Mabuk...(Skrip Dokumentari)


Pengenalan


Kuda Kepang adalah satu Integrasi persembahan tarian dramatik yang berunsur totemik di samping menggabungkan unsur ritual dan entiti sinkretisme..... Diiringi dengan Paluan Gong, gendang, angklung dan gamelan dan diadunkan dengan rentak irama yang mengasyikkan..ia...seakan-akan hipnotik kepada para pemain, penari dan penonton..... Permainan yang dimainkan dengan menggunakan patung kuda yang di anyam berbentuk dua dimensi ....melakarkan perhubungan yang luar biasa...Ia mengahwinkan manusia, muzik, dan alam ghaib untuk seketika . Di sinilah kita di hanyutkan ke dunia persembahan seni drama tari Melayu yang penuh mistik.

Permainan Kuda Kepang ini dikatakan berasal dari Daerah Tulung Agung..berdekatan dengan daerah Pono-rogo ...di Tanah Jawa Timur di Indonesia . kira-kira pada kurun ke 15 ..

Mengikut cerita... pada dasarnya Kuda Kepang dipersembahkan untuk memperkembangkan agama Islam- Pada zaman Wali Songor. Zaman Wali Songor yang terdiri dari 9 kesemuanya ...telah memperlihatkan salah seorang daripada mereka iaitu Wali Sunan Kalijaga yang berdakwah ajaran Islam kepada masyarakat Jawa melalui seni hiburan dan budaya.

Sebagai satu daya tarikan untuk mengundang orang ramai supaya datang.... beliau telah menubuhkan satu kumpulan kuda kepang untuk memaparkan Zaman perang Sayidina Ali dan Angkatan tentera berkuda ... ..setelah habis persembahan, Wali Sunan Kalijaga akan terus berdakwah untuk mengembangkan ajaran2 islam. Susulan anyaman buluh yang berbentuk kuda itulah maka lahirnya kuda kepang. Kepang bermaksud buluh yang di anyam.

Ada pula versi yang menyatakan mengenai usaha sembilan orang Wali Songo untuk menyebarkan agama Islam di pendalaman Indonesia, khususnya di Jawa .yang pada masa itu tebal dengan pengaruh Hindu,Wali-wali tersebut telah menunggang kuda supaya ia dapat menarik minat orang-orang kampung.


Penghijrahan ke Tanah Melayu

Penghijrahan orang-orang jawa daripada Tanah Jawa ke tanah Melayu pada kurun ke 20..telah menempatkan ramai bilangan dan penumpuan orang jawa di persisiran Selat Melaka... Migrasi berteraskan sosioekonomi dikalangkan orang jawa pada masa itu berniat ke Malaya untuk meneroka penempatan pertanian baru dan dari hasil yang diperoleh dapat dijual dan memberi kesempatan menunaikan fardu haji...Dalam penempatan mereka Di tanah Melayu,,, kusunya tanah Johor di daerah Batu Pahat, Muar telah menampakkan pelbagai seni yang dibawa oleh masyarakat jawa ...

(interview)

4.34..Kalau waktu malam..di waktu siang..menembang hutan..di membuat kampung ..di sebelah malam dia sembang ..hisap rokok daun..gelinting dan apa benda...mencungkil bakat..”4.46... “oh saya pernah lah di sana itu berkumpulan kuda mabuk kepang..itulah puncanya atau datangnya budaya berbentuk jawa ke daerah khususnya batu pahat dan ke kampung kami...dan sampai sekarang ini.. kebanyakan macam itu..(saya tanya orang-orang tua )..malang sampai sini mereka kahwin menetap pula di Malaysia ..di Malaya ....penggiatnya pun sudah tidak ada..peminatnya pula tidak ada..tapi bendanya itu ada ..ditukar ganti..rosak di tukar diganti..sampai kini...penggiatnya pun anak Malaysia ...peminat pun anak Malaysia..
5.09



Persembahan

Di dalam persembahan kuda kepang mabuk... Upacara buka gelanggang adalah di antara ritual simbolik yang mempunyai atur cara tersendiri. Ia juga berbeza di antara kumpulan-kumpulan yang mengamalkannya. Ada kumpulan yang mengamalkan penggunaan bara api...dan ada yang tidak menggunakan sama sekali. Bara api yang di maksudkan akan di bawah ke tengah gelanggang dan. ... di mana kemenyan akan ditabur di atas bara api yang disediakan... sejurus siap semua peralatan dengan penarinya ....maka peralatan permainan dan alat muzik akan di asapi dengan kemenyan terlebih dahulu. Ia termasuk patung kuda-Kuda kepang yang nak di tunggang , tali pemecut, gong, gendang, gamelan , gong kecil , tali sepanjang 30 meter yang digunakan untuk membuat pagar bagi tujuan mengelak penari kuda kepang keluar dari gelanggang dan sebagainya...Pada lazimnya Seorang pemimpin yang dikenali sebagai gambuh akan ke tengah gelanggang berserta dengan 2 orang iaitu satu tukang pecut..dan satu lagi tukang baca mantera..meminta keizinan buka gelanggang...selepas tamat pembacaan mantera... pemecut akan pecut ke empat penjuru dan keluar mengikut ke tengah , sebelah kanan..
Bara yang di tabur kemenyan tadi tidak boleh bawa keluar..i .... penari yang sudah masuk kemenyan itu pun di larang keluar .. Bara kemenyan itu pula akan dirapatkan dengan bahagian gendang di samping dikekalkan membara ...semasa dan bermula atau tamat persembahan tarian pada keseluruhan.

Satu lagi amalan dalam permainan Kuda Kepang Mabuk sebelum mengadakan permulaan permainan..yang pertama, persiapan ahli penari . seramai 8 orang..termasuk satu ketua...atau Tukang gambuh akan memeriksa sajean.....Sajean itu mengandungi lebih kurang 11 atau 12 jenis bahan yang dipersembahkan untuk Dhanyang atau Endang... iaitu makhluk halus yang dipercayai wujud di dimensi luaran alam fizikal . Sajean yang dihidangkan itu juga bertujuan agar makhluk halus berkenaan dapat menemani manusia semasa persembahan.



Elemen Tarian....

Dalam persembahan Kuda Kepang Mabuk hakisan sebanyak sedikit telah mengakibatkan delusi dan interpretasi tarian mengikut Guru atau Ketua kumpulan di mana a di perkembangkan di samping pengaruh agama islam dan pencak ilmu silat telah memainkan peranan yang besar menukar elemen asal Tarian Kuda Kepang .... dari tanah jawa....

(interview)

5017.....sebenarnya kuda kepang dulu tidak mabuk..tapi kerana setiap ahli kumpulan kuda kepang ini daripada indonesia ini..di bawa ke Malaysia..orang kebanyakan menggunakan ilmu persilatan jadi masa bila bermain kuda kepang ini, menunjukkan kebolehannya dalam ilmu persilatan. Dalam ilmu persilatan ada isim..jadi pertembungan isim inilah yang menyebabkan seseorang itu lebih membuat lupa jadi dalam hal ini mereka secara spontan, jadi turun temurun mereka di puncanya macam itu lah tetapi pada zaman ini kebanyakan budak2 yang main kuda kepang ini ada ilmu persilatan termasuk sekarang ini orang suka menuntut ilmu macam 5113...

Di antara Tarian yang kerap dipersembahkan ialah Tarian Solo, Tarian Selendang, Tarian Pucuk Rebung dan Tarian Kuda Kepang dinamakan "Lenggang Kiprah". Kini, praktikkan tarian Kuda Kepang Mabuk bagi tujuan persembahan di majlis-majlis tertentu dan undangan pada majlis perkahwinan adalah sebagai persembahan semata-mata memperkenalkan persembahan Kuda Kepang Mabuk sahaja...manakala persembahan yang membabitkan unsur dan elemen yang lebih mendalam, naik syeikh dan sebagainya dikhaskan dalam persembahan di kampung dan upacara- upacara tertentu.

Tarian Kuda Kepang Mabuk bermula dengan pukulan gong dan gamelan rentak perlahan. Setiap alat muzik yang dimainkan diiringi 3 atau 5 orang penari yang menaiki kuda sambil menari seperti kuda , keluar masuk secara beriringan.

Tidak lama kemudian, ketua atau pemimpin permainan mengambil cambuk dan memukulkannya di kawasan permainan dengan kuat sehingga menyebabkan penari beraksi dengan gerakan yang lebih lincah. Setiap kali Cambuk tersebut di pukul...penari akan tukar rentak dan haluan dan berpusing semakin kencang dan rancak.

Rentak muzik pula semakin mengasyikkan...paluan gong semakin memukau...

Dalam keadaan inilah ..fenomena mistik terjadi.....segelintir daripada penari –penari Kuda Kepang mulai membuang kuda yang di tunggangnya..... seorang demi seorang .... mula mengalami perubahan di jasad diikuti pula dengan diri mereka di bawa arus kerasukan ke alam dunia halus....


Persediaan sajean pelbagai jenis yang dianggap juga sebagai makanan kuda. turut disediakan ialah seperti beberapa ikat buah kelapa, minyak wangi cap duyung dan serpihan kaca yang kadangkala diminta oleh penari apabila mereka dalam kerasukan.

Dalam keasyikan naik syeik ..penari-penari akan mula memperlakukan pelbagai aksi ada yang melucukan, ada yang seram, manakala ada yang dirasuk watak isim kuda.

Dalam keadaan naik syiek , penari penari mula meniru tingkah laku kuda. Ada yang mencium-cium makanan sambil berjingkit-jingkit ...ada yang memakan kapas....kapur...ada kalanya penari akan menghirup air yang disediakan sambil memakan bunga kenanga....ada pula yang pandai memilih air yang hendak diminum...ada yang perangai aneh..memperlihatkan kekuatan dengan mengopek kelapa muda hanya dengan gigi...dan ada pula yang berperangai seram dengan menjamu selera keatas ayam yang masih hidup....

(interview)

2832...dalam kuda kepang ini ada 3 atau 4 isim..ada namanya isim ayat, isim harimau, harimau putih, helang..dan monyet..jadi setiap individu yang mengambil dia itu... bacaan yang lain..



Terdapat juga setengah-tengah kumpulan berani beradu kekuatan...memakan kaca, mentol lampu dan sedia berbaring pada kaca kaca botol yang dipecah halus... ilmu batin yang di pertunjukaan amatlah kebal... Ada pula yang sanggup panjat pokok kelapa setinggi lebih 30 hingga 40 meter..seakan-akan berprangai isim monyet...





(interview)

(1231)...terdapat kadang2 kalau penonton dah ada ilmu kuda kepang ini dengar irama kuda kepang ini, dia boleh masuk wak ema bukan kumpulan itu....itu yang kita..jangan di sergapi begitu,,kalau disergap..wei ..kadang2..dia asyik boleh melompat ke gelanggang...

( sila tunjuk adengan orang ramai naik syeik..takde suara latar)


(interview)

3938..tapi dalam kuda kepang tiada pakai bomoh..kita guna gambuh...jadi sebelum main kuda kepang seorang gambuh itu akan menghadap gendang yang akan di palu dan di sujud gendang itu dengan kemenyan masa itulah kita akan baca ayat.......



Pada saat-saat akhir persembahan ..yang meliputi dalam lingkungan 2 hingga tiga jam... para penari dan penontok yang kena syek akan mendekati Gambuh atau pemimpin kumpulan untuk diminta endang atau danyang dan diseru pulang daripada tubuh penari yang dirasuk tersebut. Peranan gambuh amat lah penting untuk membaik pulih yang sedia mabuk ini. Ke kadang mahlus halus ini, tidak pergi begitu saja, si gambuh terpaksa membaca mantera disusuli ayat suci Al-quran untuk menyeru meninggalkan tubuh yang di rasuk. Ada pula kala para penari akan mencium gendang atau bersujud seolah-olah menyembah gendang sebelum meninggalkan jasad penari.


Sajean

Sajean merupakan suatu elemen yang berkait rapat dalam persembahan Kuda Kepang Mabuk..... Akan tetapi sajean yang biasanya yang disediakan dalam persembahan yang diutamakan oleh kumpulan-kumpulan Kuda Kepang Mabuk adalah seekor ayam,hidup..seelok eloknya ayam dara, kapur sirih ..gambir bubur yang cukup syaratnya ..kuih benang, jarum, bumbur dapur iaitu lada, garam. bilis dan sebagainya..., telur,kemenyan ,bedak, kelapa muda, pisang dan ...bunga kenanga. Walau bagaimanapun ada setengah-tengah setengah kumpulan makan kaca..mentol lampu..minyak wangi kaca kecil ada pula kumpulan yang mengamalkan jikalau tidak memperoleh ayam yang di sembelih selagi ada bulu ayam pun sudah memenuhi syarat....

Langkah pertama persembahan yang menelan masa 20 atau 25 minit..ada kemungkinan penari akan naik syeikh nya..dia akan mabuk dan keadaan dia tidak akan terkawal pada masa itu lah si gambuh akan panggil dengan cara panggilan menggunakan tali pecut di mana sesetengah yang naik syeikh akan bangun meminta sajean yang disediakan,,,.mereka akan makan bunga kenanga.. gambir dan apa-apa hidangan yang disediakan di atas dulang atau wadah.



Proses sinkretisme

Satu elemen yang ketara dalam permainan Kuda kepang mabuk adalah adunan proses sinkretisme yang ketara ....
(interview)

2723,,sebenarnya kuda kepang ini ada sikap di antara luar dan dalaman

2805...Bacaan...dari al-Quran....(sebenarnya bukan saya ingin melindungi atau ..menutupi segala..apa yang saya rahsiakan..sebenarnya kita memang daripada dahulu lagi keturunan kita atau setiap persatuan atau setiap ahli yang memasuki kuda kepang ini..apa yang dia menuntut dan apa yang dia ada tidak boleh diberitahu..kerana itu adalah rahsia peribadinya kita tidak boleh menujukan seandainya macam kita ada ilmu..pesal..

mengenai bomoh..tidak ada dalam hal kuda kepang..tak tahulah kalau bahasa orang jawa ..bomoh itu memang ada khas untuk penyakit katakan tadi kalau santau ..yang kena guna memang ada bomoh..

4006..jadi kita akan gunakan memohon kepada SAW memohon perlindungan daripada syaitan memang betul benda ini dalam permainan kuda kepang ini rasukan dua ....naluri dengan syaitan dengan kita punya jiwa jadi seandainya kita tidak mohon restui daripada s.a.w..satu masalah juga jadi kita mohon lah agar rumah kalau kita nak katakan percaya atau tidak tak boleh kan ke kadang rumah yang dihadapinya mungkin kubur depan masjid pandangan itu lain ..tetapi betul baca apa yang kita nak buka gelanggangnya.

kemungkinan proses sedemikian yang membabitkan kepercayaan kepada danyang dan endang di samping membaca mantera yang berteraskan kepada surah dari Al-quran adalah satu justifikasi bahawa unsur kepercayaan sebelum Islam telah diasimilasikan dengan unsur ilmu ghaib dan kebal yang dipraktikkan oleh setengah-tengah kumpulan.






Danyang

Apa yang lebih menghairankan adalah istilah yang sering terdengar mengenai danyang dan endang.....apakah wujudnya makhluk halus ini?

(Interview)

1533 danyang ini dalam bahasa jawa sebenarnya.... danyang ini..danyang ini sebenarnya dalam istilah kuda kepang tidak ada..danyang ini adalah penjaga kampung..mengikut kepercayaan orang jawa setiap kampung ini ada danyang..setiap kampung yang dihuni oleh manusia ada danyang..mengikut kepercayaan jawa.khususnya di tanah jawa..kalau di Malaysia tak timbul rasanya..
.(1603) tak timbul kalau di Malaysia masalah danyang ini.. ..kalau di Indonesia memang satu keagungan bagi penunduk setiap kampung..namanya danyang...hingga kan ada pokok ..danyangan namanya..katakan lah di depan situ ada ditanam pokok entah pokok apa sekali kalau pokok manggis pun kalau di istilah pokok danyangnya . danyangan lah..1626,,di situ nanti kalau anak sakit kadang minta di situ di Indonesia..nak kenduri kendera diberi sajean di situ..tapi sanga ke atau kelapa di Malaysia tidak terdapat. Dan kuda kepang tidak terdapat danyangan ini ..
(1647) tapi syeik yang masuk istilah tu bukan danyang..danyang ini menetap tau..yang menetap..mungkin kalau tanya dengan orang lama jawa yang masih berfaham tebal bahasa jawanya itu mungkin dia dapat menerangkan lebih lanjut .


Dalam metamorfosis ....penari dan penonton naik syeikh...., hilang kawal diri dan dirasuk lebih mengelirukan kalau tiada penjelasan ...baik dari segi agama mahupun sekular.... tetapi persoalan apakah entiti yang menyebabkan keadaan sebegitu kepada manusia yang mengamalkan permainan Kuda Kepang Mabuk?


(Interview)

4646... danyang ini ada dua ..ibarat macam danyang kalau kita panggil dewa..bagi abang tak percaya sangat ..pesal ada ahli kumpulan yang mengakui..yang di main kuda kepang di ada melayan dengan dewa...saya kata kita main kuda kepang ini untuk persembahan kita ada adat kita sendiri ..yang dia lawan dengan dewa..nama orang ada dewa dengan tujuh..layang dengan puteri gunung ledang...4727.danyang ini adalah dewa yang mengiringi kita semasa kita mabuk..yang mabuk dikata akan tau nanti ke kadang mabuk ini semua nya tidak sama ada yang melucu kan ada yang ganas..kita ada melayan danyang ini..danyang ini yang akan membuat kita ini bersikap lain dari yang lain ,,kalau danyang itu dikatakan danyang perempuan kita bergelagat perempuan ..kalau lelaki kita ganas jadi setiap penari , pemain akan berasa ringan..

Seperti juga Danyang, kehadiran Endang dipercayai boleh di undang dalam upacara yang dipanggil Ngesti.....Proses ngesti harus dilalui untuk seseorang penari agar dapat berdampingan dengan Endang. Ngesti bermaksud menyatukan kesemua keupayaan individu dan mengarahkannya secara langsung ke suatu arah tujuan yang tunggal. Proses Ngesti dilakukan dengan membakar kemenyan dan diberi sajean kepada Endang. Bukti penyatuan dan kehadiran endang dapat dirasai bila penari hilang kawalan dan tubuh mereka di rasuk makhluk halus ini.


Hipnotik Irama

Muzik dikatakan ...adalah satu instrumen yang berkesan daripada segala-galanya...kerana rentak dan harmoni dapat meresap ke ruang pendalaman jiwa......begitu jugalah alam persembahan Kuda Kepang Mabuk...Penggunaan alat muzik dan bunyi hipnotik seakan menjadi kuasa perantara antara manusia dan alam luar fizikal....Paluan Gong, gamelan, gendang dan anglung yang di gunakan oleh seusuatu kumpulan akan menjadi satu simfoni yang menyeru penari menyerahkan tubuh di buai mabuk. Pemuzik yang arif dalam permainan gendang dengan paluan yang mantap dapat menarik setiap ahli-ahli kuda kepang yang lain..termasuk orang luar..mabuk seketika.


Pantang Larang

Pantang Larang dalam kuda kepang ini, bergantung pada kumpulan-kumpulan tertentu..dan berpandukan kepada ajaran yang diturunkan mengikut Ketua atau Guru kumpulan masing-masing... ada kumpulan yang mengamalkan pantang larang, manakala ada kumpulan yang tiada pantang larang..


(interview)

2559...dalam arena kuda kepang ini, memang banyak pantang larangnya..apakala kita ini dalam kuda kepang ada isim ..isimnya mengambungkan antara naluri luaran dan dalaman...jadi kita setiap ahli2 yang mengambil isimnya mengikuti satu cara pertapaan contohnya..macam pategeni (dalam bahasa jawa ) ....puasa tiga hari... jadi puasa tiga hari itu seseorang itu tidak boleh makan sembarangan yang pertama..yang kedua waktu siang strict tiga hari strick..tapi waktu malam itu kita buka biasa malam yang ketiga kita tidak terus tidur 24jam..dan hanya makan ayam yang mingkung (kata orang jawa) seekor dengan........ kain putih...

Ganjil dan implikasi
Dalam persembahan Kuda Kepang Mabuk, kita juga diperlihatkan implikasi angka ganjil yang di amalkan...mengikut cerita, angka ganjil berkenaan mungkin di kaitkan dari usaha wali sembilan yang terdiri dari sembilan orang dan diberi asas mengukuhkan angka ganjil supaya di serapkan dalam setiap persembahan.


(IInterview)

3730..kalau kuda itu alat tunggangan ..bagi sipenaridia dalam satu kuda kepang ini dikehendaki menyediakan sekurang-kurang biasa di bawa 9 atau 11 atau 15 tetap dengan warna dan yang ganjil..termasuk sajean yang ganjil..penari pun ganjil , kuda pun ganjil. Tidak boleh genap.


(Interview)

11.03 yang terlibat kumpulan 9 penari...4/4 dan tengahnya tekong.(chief tari)..yang pegang (bercemeti) cemeti itu... hendaknya memang ganjil..kalau panggil 11 (sebelas)..5/5/seorang pemegang cemeti tu..

1149 (jadi ramai itu bergantung pada kumpulan..tapi hendaknya ganjil)lima orang pun boleh sememangnya..

Pakaian

Persembahan Kuda Kepang Mabuk tidak mempunyai pakaian yang tertentu. Atau yang khusus melambangkan Kuda Kepang Mabuk..Pada suatu masa dulu ramai di antara pengamal dan penari Kuda Kepang berpakaian persis Pahlawan Melayu..atau pun ala silat.....


(Interview)

4816..(segi pakaian)...permainan kuda kepang ini memang ganas,,,,.kalau warna merah nampak mencabar warna hitam nampak garang..kebanyakan pemain kuda kepang memakai baju berwarna gelap..kemungkinan kainnya murah itu bagi abang..tak mudah koyak..tak mudah kotor,,kain cream, putih kurang menarik perhatian orang..sekurangnya kuda kepang ini garang,,kebiasaannya merah ataupun hitam..kebanyakan kawasan di Johor memakai warna gelaplah ..merah atau warna hitam..melainkan kita nak buat persembahan sementara akan memakai baju berwarna- warni kerana ia tidak memabukkan tapi kalau buat kat kampung persembahan untuk mabuk memang kita galakan pakai baju warna hitam.


kini dengan pengedaran zaman..pakaian adalah bebas dan juga ia tertakluk kepada keputusan kumpulan masin-masing..Dengan berpakaian yang seragam mungkin ia juga adalah penterjemahan kepada kemantapan kumpulan tersebut


Penutup Persembahan

Permainan Kuda Kepang Mabuk menuju ke penghujung persembahan semasa Acara Penutup gelanggang di jalankan....walaupun cara nya... sama seperti dalam adat permulaan pertama buka gelanggang ..hanya keadaan bertabur yang berlainan memandangkan kepada keadaan sajean yang bertaburan ....dan berkurangan.

Pada peringkat ini..bara api yang tetap kekal akan diusung ke tengah-tengah gelanggang ..dan di baca mantera dan ayat yang ada kepentingan nya agar danyang, endang dan makhluk halus diseru menuju balik ke tempat asal... tak kala ini pemancut akan mengarahkan pukulan ke tiga penjuru berbeza dari empat penjuru yang ditujukan semasa acara pembukaan..

(interview)

4547..selepas tertutup..kata si pembaca mantera itu tu dah ok selesai bara api itu akan diterbalikkan di situ juga dan sajean2 macam pisang akan di bungkusan dijadikan satu dan dihanyutkan dalam sungai tidak yang tertinggal langsung di rumah ..gambir, sirih kapur...itu semua...kalau boleh lah jangan di tinggal...kerana itu akan menyebabkan kita ini tak percaya ke tidak ..tak boleh kan biasanya budak kecik yang kena..



Acara penutup persembahan mempunyai struktur dan kepercayaan yang tersendiri, Di antaranya kepercayaan setiap permainan mestilah tidak dilanjutkan selepas pukul 12.30 malam kerana kebimbangan kesan yang akan menimpa kepadaa para pemain dan penonton sekiranya melepasi had waktu yang ditetapkan..

Pada kebiasaan permainan akan bermula kira-kira pukul 9 malam dan berlanjutan pengakhiran persembahan tidak lewat dari pukul 12...atau 12.30 pagi...tetapi andainya permainan yang ditutup lewat dari pukul 12.30 mengikut pengalaman penggiat.... peredaran danyang tidak di seru kelar dari tubuh yang di rasuk akan menyebabkan seseorang itu tidak boleh..disembuhkan atau baik pulih melainkan kaedah permainan dimainkan sekali lagi sekali di waktu yang sama pada tarikh yang sama mengikut kalendar kepercayaan orang Jawa.




(interview)

4235...itu abang tak pasti pesal pengalaman kata ikut orang2 lama dulu kita akan berubah hari pada pukul 12 tengah..waktu dulu 12kan..sekarang kita ambil contoh malam ini kita main malam rabu..katakan kita dah lewat mainkan lebih 12.30..kita sudah hari rabu kan..jadi

4435 (explains about the javanese calendar). Kita terpaksa ulang balik permainan ....baru mereka boleh memulihkan semangat dan pulangkan danyang mereka balik ke tempat dia.

5353..(masa ...terserah kepada si pembuka gelanggang kalau biasa abang main limit dua jam setengah atau tiga jam kerana kita akan memikirkan kesan itu yang kita tak nak tanggung kalau sembilan setengah tepat pukul 12..paling lewat pun 12.05 minit tapi setelah 12.30 abang tak berani..contoh nya banyak yang terjadi ..biasanya 3 jam tidak lebih dari 4 jam..


---------------------------------------the end-----------------------------------------





Penutup Dokumentari..with end credits and muzik

(interview)

7.15..di samping saya menyeni ...saya cuba dalami pula ..biang seni bukan sahaja dari segi ..sejarah..kalau dapat kita kaitkan dengan benda2 yang mendatangkan faedah kepada pengamal itu..dan kalau dapat kita cuba kembangkan kepada bukan sahaja kalangan anak kg..pelajar2 juga kalau perlu berkongsi sama tentang seni ini..saya cuba sedaya upaya..kita perlu belajar dan perlu mengajar(7.59)


(interview)

52:33 5303.. .......pada kita adalah kebudayaan...kuda kepang adalah melambangkan kebudayaan orang jawa daripada dahulu lagi ..kalau tidak orang jawa tidak meneruskan kuda kepang tadi..tiada lagi orang yang akan meneruskan jadi kita sebagai pewaris ..kita berhak ...jadi kita teruskan ..

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home